Kerajaan Kedah kekal stabil hasil musyawarah

Mohd Azam
Mohd Azam
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah yang dibentuk hasil gabungan bersama beberapa parti komponen kekal stabil kerana mengamalkan demokrasi bermusyawarah sepanjang hampir dua tahun mentadbir negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat berkata, Kedah yang dipimpin Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga tidak mempraktikkan istilah 'abang long' dalam kalangan rakan-rakan parti komponen di negeri ini.

"Hanya beberapa kerusi memisahkan majoriti kerusi antara ADUN kerajaan dan pembangkang dalam pentadbiran di Kedah. Kerajaan Kedah diwakili 23 ADUN meliputi 15 ADUN dari Pas, enam ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dua ADUN UMNO.

"Walaupun kerajaan ini dibentuk daripada tiga komponen parti namun kita mampu mewujudkan kestabilan dan pentadbiran yang baik kerana Pas sentiasa berbincang walaupun ada 15 kerusi," katanya ketika ketika membahaskan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, amalan berkenaan antara wujudnya kestabilan dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh ADUN Jeneri itu.

Artikel Berkaitan: