Mayat ditemui dalam gaung di Jalan Bukit Putus Lama

Mayat perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam gaung di Jalan Bukti Putus Lama.
Mayat perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam gaung di Jalan Bukti Putus Lama.
A
A
A

SEREMBAN - Mayat dipercayai seorang perempuan dalam keadaan tertiarap ditemukan di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus Lama di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mayat berkenaan ditemui jam 10.50 pagi oleh seorang lelaki berusia 50-an yang sedang joging di lokasi.

"Lelaki itu yang mahu mengambil gambar terkejut melihat mayat terbabit dan telah maklumkan kepada renjer yang bertugas di Pejabat Perhutanan Ulu Bendul, Kuala Pilah.

"Renjer terbabit telah maklumkan kepada polis yang kemudian telah buat pemeriksaan di lokasi," katanya kepada media pada Ahad.

Ujarnya, Unit Pengesan Anjing (K9) yang membuat siasatan di lokasi tidak menemui sebarang kesan yang boleh membantu siasatan.

Nanda berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: