Sut angkasawan Rusia tiada kena mengena dengan bendera Ukraine

Sut penerbangan kru baharu itu adalah warna lambang Bauman Moscow State Technical University yang pernah menjadi institusi pengajian trio tersebut. - Foto Agensi
Sut penerbangan kru baharu itu adalah warna lambang Bauman Moscow State Technical University yang pernah menjadi institusi pengajian trio tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos pada Sabtu menolak laporan media Barat yang mendakwa uniform berwarna kuning dan biru dipakai kru angkasawan mereka yang menyertai misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah sebagai tanda sokongan kepada Kiev.

“Warna kuning hanyalah kuning, tiada makna apa-apa,” ujar perkhidmatan akhbar agensi itu menerusi saluran Telegram selepas beberapa pihak mengaitkannya dengan warna bendera kebangsaan Ukraine.

Menurutnya, sut penerbangan kru baharu itu adalah warna lambang Bauman Moscow State Technical University yang pernah menjadi institusi pengajian trio tersebut.

“Adalah tidak masuk akal untuk melihat mana-mana objek sebagai bendera kebangsaan Ukraine,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Roscosmos, Dmitry Rogozin dengan angkuh menyatakan angkasawan Rusia dengan jelas tiada rasa simpati untuk nasionalis Ukraine

Komander misi itu, Oleg Artemyev ketika disoal tentang sut tersebut menerusi sidang media dari ISS pada Jumaat menjelaskan mereka diberi peluang untuk memilih warna dan mereka akhirnya sepakat dengan pilihan tersebut yang telah dihasilkan sejak enam bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!