Arsenal kian hampiri kelompok keempat EPL

Sanka (kanan) meraikan jaringan tunggalnya ketika menewaskan Aston Villa, pada Ahad. - Foto Getty Images
Sanka (kanan) meraikan jaringan tunggalnya ketika menewaskan Aston Villa, pada Ahad. - Foto Getty Images
A
A
A

BIARPUN sekadar mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park pada Ahad, namun ia dilihat sebagai satu kemenangan ‘besar’ dan bermakna buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

Menurut Arteta, kemenangan juga dilihat mencerahkan lagi peluang The Gunners bagi merealisasikan misi menamatkan saingan EPL musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik (top four).

“Bagi saya, kemenangan ini cukup bermakna kerana setelah tewas kepada Liverpool, kami datang ke sini untuk bermain dengan baik dan mencatatkan kejayaan, dan itulah yang kami lakukan.

“Selain itu, kejayaan ini juga membantu kami bagi mengekalkan momentum kemenangan untuk terus mencabar kedudukan empat pasukan terbaik (top four) EPL kali ini.

“Pemain juga dilihat mempamerkan aksi berkualiti dan kami berjaya mendominasi sebahagian besar perlawanan kali ini,” katanya.

Pada aksi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park pada Ahad, Arsenal menjaringkan gol tunggal menerusi rembatan leret Bukayo Sanka pada minit ke-30.

Sementara itu, Arteta gembira kerana pemain dilihat kembali bangkit setelah tewas kepada Liverpool sebelum ini.

Katanya, kebangkitan berkenaan diharap berterusan dalam usaha mencatatkan lebih banyak kejayaan pada baki saingan EPL kelak.

Artikel Berkaitan:

“Saya gembira pemain berjaya bangkit daripada kekalahan kepada Liverpool dan mereka perlu mengekalkan momentum seperti ini.

“Dalam masa sama, saya juga telah mengingatkan mereka (pemain), terhadap misi untuk menamatkan saingan musim ini pada kedudukan empat pasukan terbaik dan saya menjangkakan ia mampu dilaksanakan,” katanya.