Selangor luluskan RUU Enakmen Perbekalan Tambahan 2022

Amirudin ketika ketika membentangkan RUU berkenaan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, pada Jumaat.- Foto Bernama
Amirudin ketika ketika membentangkan RUU berkenaan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, pada Jumaat.- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2022 selepas bacaan kali ketiga pada Jumaat.

RUU tersebut disokong sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika ia dibacakan pada Sidang DUN tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, RUU tersebut diusulkan untuk memberi kuasa statutori bagi bayaran tambahan tertentu untuk perkhidmatan negeri tersebut bagi tahun 2022 yang tidak diperuntukan oleh undang-undang sedia ada sebelum ini.

Menurutnya, terdapat kekurangan peruntukan bagi jabatan tertentu walaupun sejumlah RM2.23 bilion telah diperuntukan menerusi Enakmen Perbekalan 2022 yang telah diluluskan pada 26 November tahun lalu.

"Sehubungan itu, Enakmen Perbekalan Tambahan memerlukan sebanyak RM160 juta untuk menampung kekurangan tersebut.

"Ia meliputi peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menampung perbelanjaan inisiatif Bantuan Selangor Bangkit (BSB), dan RM10 juta bagi penambahan siling kumpulan wang pinjaman perumahan negeri Selangor," katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Dewan Negeri Selangor, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, peruntukan perbelanjaan tersebut diperoleh daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Artikel Berkaitan: