Dua pemancing hilang ditemui selamat di Pulau Redang

2
2
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki dari Merang, Setiu yang dilaporkan hilang lebih 24 jam ketika keluar memancing di laut ditemukan selamat pada jam 12 tengah hari di Pulau Redang, pada Jumaat.

Mereka yang masing-masing berusia 29 dan 31 tahun itu berlindung di Pulau Redang selepas bot fiber dinaiki mereka mengalami kebocoran serta karam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim)Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kehilangan dua lelaki tersebut dilaporkan oleh seorang wanita berusia 58 tahun yang merupakan ibu kepada salah seorang daripada mereka.

“Sejurus mendapat maklumat, operasi mencari dan menyelamat mangsa terus diaktifkan pada jam 9 pagi tadi dan bot Perkasa 1234 dikerahkan di lokasi kejadian bagi mengesan kedua-dua pemuda itu.

“Sekitar jam 12 tengah hari, mangsa telah ditemukan selamat di sekitar Pulau Redang dan mereka dipercayai berlindung di sana kerana bot dinaiki mengalami kebocoran,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: