Pemandu lori pukul anak tiri direman tiga hari

Laporan Sinar Harian pada 12 Mac lalu.
Laporan Sinar Harian pada 12 Mac lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian pukul melibatkan seorang kanak-kanak yang tular pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang merupakan bapa tiri kepada mangsa sebelum itu ditahan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

"Pada 14 Mac lalu, kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan berkeputusan No Further Action (NFA), di mana ibu mangsa telah menarik balik kes kerana sedang mengandung dua bulan dan tidak mahu meneruskan kes," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, polis memburu seorang lelaki berkaitan kejadian seorang kanak-kanak dimarahi serta ditampar.

Kejadian tersebut kemudiannya tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan kemudiannya bertindak memeluk dan menyelamatkan anaknya itu daripada terus dipukul.

Artikel Berkaitan: