Polis buru lelaki bakar mesin ATM

Beberapa anggota bomba memadam kebakaran sebuah mesin ATM dibakar seorang lelaki di Jalan Ismail, Mersing pada Rabu.
Beberapa anggota bomba memadam kebakaran sebuah mesin ATM dibakar seorang lelaki di Jalan Ismail, Mersing pada Rabu.
A
A
A
MERSING - Seorang lelaki disyaki membakar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jalan Ismail di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 7 petang sebelum dilaporkan kepada pihaknya kira-kira dua jam selepas itu.

"Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.

"Susulan itu pihak polis dan bomba ke tempat kejadian untuk memadam api dan melakukan siasatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak polis.

Beliau berkata, kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan BBP Endau dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata, kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Rakaman video mengenai kejadian tular dalam media sosial sejak Rabu dan mendapat reaksi orang ramai.
Artikel Berkaitan: