UMNO harus ambil pendirian PRU15 perlu disegerakan: Tok Mat

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersama Mohamad (tengah) melambaikan bendera UMNO ketika menyanyikan lagu ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’ pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agong Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini. Turut sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO harus mengambil pendirian tentang kewajaran menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengembalikan semula mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang sah.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana parti ketika ini hanya menguasai kerajaan melalui percaturan politik, bukannya dipilih oleh rakyat.

Malah katanya, Malaysia tidak pernah ditadbir oleh kerajaan yang tidak terbentuk melalui pilihan raya yang demokratik.

“Saya maklum, ada dalam kalangan kita yang membantah cadangan ini. Akan tetapi, apakah jaminannya bahawa keadaan akan lebih memihak kepada Barisan Nasional (BN) jika kita terus menangguhkan PRU?

“Adakah alasan menolak PRU sekarang berdasarkan satu penilaian risiko ‘risk analysis’ yang teliti dan mendalam atau sekadar mengikut kata hati dan bisikan emosi?

“Apakah dengan menangguhkan PRU, BN akan berada dalam keadaan yang lebih selesa untuk menang? Dan jika demikian, apakah rumus untuk perkara sedemikian berlaku?” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada malam Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, UMNO juga tidak boleh terus bergantung dengan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik untuk mengurus kestabilan negara seperti yang ditandatangani sebelum ini.

Tambahnya, UMNO juga tidak boleh terus mengharapkan ihsan dan simpati parti lain untuk mengekalkan kelangsungan serta keabsahan sebagai kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Kita berkehendakkan kerajaan dengan parti yang terkuat, yang tanpanya, sebuah kerajaan yang stabil tidak boleh dibentuk.

“Mengambil kira semua ini, UMNO harus mengambil pendirian tentang kewajaran menyegerakan PRU15,” katanya.