Sudah bersedia beri aksi terbaik

Aaron dan Wooi Yik memburu keputusan positif pada Seluruh England kali ini.
Aaron dan Wooi Yik memburu keputusan positif pada Seluruh England kali ini.
A
A
A
PEMAIN beregu nombor satu negara, Aaron Chia melaungkan amaran dia sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik menjelang kempen pusingan pertama kejuaraan Seluruh England yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham England.

Aaron berkata, dia dan Soh Wooi Yik yang juga pilihan keempat kejohanan menyasarkan memberikan aksi terbaik selepas tidak mengambil bahagian dalam edisi sebelum ini.

"Kami mengunakan berbaki masa yang ada ini menjalani latihan bagi memantapkan permainan. Ya, memang bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya kami perlu bekerja keras dan melakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

"Jadi, kami sangat berharap Seluruh England kali ini kami boleh menghasilkan keputusan positif seterusnya memperbaiki prestasi.

"Setakat ini semua persediaan untuk kejuaraan ini berjalan dengan lancar, tiada sebarang masalah yang berlaku," katanya kepada Sukan Sinar.

Pasangan nombor tujuh dunia itu dijadualkan menyingkap kejuaraan berprestij badminton benua Eropah tersebut dengan berdepan pasangan nombor 15 dunia,Vladimir IIvanov-Ivan Sozonov dari Rusia pada pusingan pertama.

Begitupun, mereka berkemungkinan diberikan kemenangan percuma berdasarkan sekatan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang melarang pemain Rusia mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Sementara itu, Wooi Yik dilaporkan begitu teruja untuk menjalani latihan sebagai persiapan mengharungi kejuaraan tersebut.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky, Wooi Yik teruja untuk mengikuti latihan selepas mendapat kebenaran daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN)
Artikel Berkaitan:


"Saya ada bercakap dengan dia selepas dia mendapat kebenaran IISN untuk bermain semula.

"Ya, dia nampak teruja menyertai sesi latihan pada Sabtu dan Ahad lalu. Kami akan memantau prestasinya semasanya

"Pusingan pertama mereka mungkin tidak beraksi sekiranya dapat bye, seandainya pasangan Rusia tidak dapat beraksi mereka akan dapat lebih masa untuk buat persediaan lebih rapi untuk lawan seterusnya," katanya.