Faisal yakin Pan-gon mampu bikin Harimau Malaya 'mengaum'

Faisal Halim
Faisal Halim
A
A
A

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim percaya jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mampu membawa pasukan negara ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang.

Pemain yang kini beraksi bersama Terengganu FC itu berkata, dengan perubahan taktikal dan corak permainan yang akan berlaku, dia tidak melihat ia satu perkara yang mustahil untuk melihat pasukan negara lebih maju berbanding sebelum ini.

"Saya nampak ada perbezaan yang ditunjukkan coach baru terutamanya ketika meeting pertama bersama pemain-pemain kebangsaan.

"Dia (Pan-gon) memperlihatkan kesungguhan untuk membawa Harimau Malaya lebih maju di peringkat lebih tinggi dań apa yang diinginkan.

"Perubahan taktikal dan corak permainan pasti akan berlaku dan kini terpulang kepada pemain itu sendiri sama ada mampu atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.

Mengulas mengenai penyertaannya bersama kem latihan pasukan negara, Mohd Faisal menyifatkan ia sebagai peluang untuk menebus kekecewaan selepas hanya beraksi satu perlawanan pada kejohanan AFF tahun lalu.

Justeru pemain berusia 24 tahun itu bertekad untuk membuktikan kemampuan yang sebenar kepada jurulatih baharu skuad kebangsaan.

"Saya hanya turun bermain satu perlawanan, memang kita tidak mahu apa yang berlaku (Covid-19) namun apakan daya takdir dalam bola sepak namun saya percaya dengan rezeki.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa ni peluang kedua saya buat saya untuk membuktikan sesuatu kepada coach baharu pasukan kebangsaan” jelasnya.