Hasni hadir angkat sumpah Menteri Besar

Kenderaan yang dipercayai membawa Hasni dilihat memasuki pintu belakang Istana Bukit Serene kira-kira 2.30 petang tadi. -Foto Bernama
Kenderaan yang dipercayai membawa Hasni dilihat memasuki pintu belakang Istana Bukit Serene kira-kira 2.30 petang tadi. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad dipercayai hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19, pada petang ini.

Kenderaan pelbagai guna jenis Toyata Velfire dilihat memasuki pintu belakang istana kira-kira pukul 2.30 petang.

Sumber BN memaklumkan, selepas majlis angkat sumpah Hasni akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya Hasni hadir pada majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19 pada petang ini.

"Selesai angkat sumpah Menteri Besar baharu, Hasni akan terus bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Pengurusan Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO," katanya ketika dihubungi.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Beliau adalah Menteri Besar yang ketiga dilantik selepas, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, selepas Allahyarham Datuk Osman Sapian dan Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Artikel Berkaitan: