ICERD: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada rakyat menghadiri perhimpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Himpunan bantah ICERD dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini dan dijangka dihadiri lebih 500,000 rakyat melibatkan pelbagai latar belakang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan ICERD: Polis adakan mesyuarat dengan MKN]

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan isu perhimpunan kesyukuran kerana kejayaan menolak ratifikasi ICERD, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaaan.

“Saya akan adakan sidang media pada jam 1 petang esok (hari ini) mengenai perhimpunan ICERD selepas mesyuarat bersama MKN dan agensi-agensi luar," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu sidang media membenarkan himpunan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kebenaran tersebut dibuat hasil mesyuarat bersama agensi kerajaan dan PDRM.

Menurutnya, kebenaran itu diberikan atas keyakinan perhimpunan bakal diadakan secara aman.

"Kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan kesyukuran jadi kami berpandangan lokasi diberikan itu akan memberikan lebih ruang kepada penganjuran itu," katanya.