Sila log masuk terlebih dahulu.

KWSP untuk masa depan atau bencana?

09 Mac 2022 | Wacana
A
A
A
KWSP untuk masa depan atau bencana?

Selepas pandemik covid-19 melanda negara sejak dua tahun lalu, Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan penyeluaran melalui inisiatif khas termasuk i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Bagaimanapun ia juga melalui ‘proses’ yang panjang sebelum dibenarkan selain moratarium pinjaman.

Dalam situasi banyak negeri dilanda banjir, sekali lagi ada cadagan agar pengeluaran ‘terakhir’ KWSP diluluskan kerana ramai mangsa memerlukan wang untuk memulakan semula kehidupan selepas terkesan dengan bencana berkenaan dan Covid-19 yang masih belum reda.

Namun begitu, selain ada menyokong, ada pihak juga tidak bersetuju termasuk kalangan ahli politik dan juga persatuan kerana ia merupakan wang simpanan untuk hari tua/bersara.

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 316 SEKARANG di semua platform media sosial kami:

#WacanaSinar

#RakyatJagaRakyat

#SinarUntukMalaysia