Harga RON97 naik 30 sen, RON95 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 30 sen seliter iaitu daripada RM3.45 sen kepada RM3.75 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Mac depan.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan tersebut adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan, seperti yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran sebenar.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Artikel Berkaitan: