Pendengaran kes dadah Zarina Anjoulie ditangguh 30 Mac

Zarina memakai selendang merah jambu ketika hadir ke Majistret Seremban pada Rabu.
Zarina memakai selendang merah jambu ketika hadir ke Majistret Seremban pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu membenarkan pendengaran kes dadah melibatkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ditangguhkan pada 30 Mac ini.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas permohonan dibuat oleh peguam Ahmad Faiz Munawar.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Sebelum itu Zarina, 34, yang memakai selendang merah jambu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9 pagi bersama peguamnya.

Dia bagaimana pun kelihatan kurang senang dengan media yang mengambil gambarnya.

Sinar Harian pada 13 September lalu melaporkan selebriti terbabit didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine pada Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, Zarina didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai pada 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya

Artikel Berkaitan: