Mangsa banjir di Selangor terus meningkat

Antara kawasan di Selangor dilanda banjir berikutan hujan lebat pada petang Isnin.
Antara kawasan di Selangor dilanda banjir berikutan hujan lebat pada petang Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor terus menunjukkan peningkatan apabila 1,215 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 11 pagi berbanding 1,122 orang pada jam 8 pagi Selasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, seramai 298 keluarga sudah dipindahkan berbanding 263 keluarga pada jam 8 pagi.

Menurutnya, sembilan PPS dibuka di negeri ini masih kekal namun keadaan banjir semakin terkawal.

"Alhamdulillah kebanyakan kawasan terutama di Puchong, banjir telah surut awal pagi ini (Selasa)," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter pada Selasa.

Lima daerah di Selangor dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak petang Isnin.

Daerah terjejas ialah di Gombak; Hulu Langat; Petaling; Kuala Selangor dan Sepang.

Artikel Berkaitan: