Konsert di Bulatan Sultan Azlan Shah diadakan secara haram

Konsert di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh yang tular di media sosial disahkan polis tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. (Gambar kecil: Mior Faridalathrash)
Konsert di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh yang tular di media sosial disahkan polis tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. (Gambar kecil: Mior Faridalathrash)
A
A
A

IPOH - Polis Perak mengesahkan konsert yang diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya di sini yang tular di media sosial sejak Ahad tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, video tersebut dikesan tular menerusi media sosial dengan memetik sumber daripada aplikasi TikTok yang mendapat perhatian umum.

Menurutnya, susulan itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menerima satu laporan polis mengenai kejadian tersebut.

"Siasatan awal pihak polis mendapati penganjur tersebut tidak memohon kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan IPD Ipoh. Pihak penganjur dan pengunjung juga didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal serta sebahagian pengunjung tidak memakai pelitup muka.

"Kini, pihak polis sedang mengesan pemilik akaun TikTok @acik_kesepian dan individu yang terlibat dalam kes tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mior Faridalathrash berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Artikel Berkaitan: