RISDA komited bantu usahawan belia

A
A
A

 Fadzwani mengusahakan spa, salun dan penjagaan selepas bersalin.
Fadzwani mengusahakan spa, salun dan penjagaan selepas bersalin.

PONTIAN - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited membangunkan usahawan luar bandar dalam pelbagai bidang sekaligus mampu menjana ekonomi.

Pelbagai bantuan diwujudkan RISDA bagi membantu memajukan usahawan dengan memberi peluang mereka menjalankan perniagaan dengan lebih bersistematik.

Bertempat di Stadium Mini Pontian, RISDA turut mengambil bahagian menyertai Program Mini Karnival Usahawan Desa Pontian (KUD@Pontian) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan menampilkan pelbagai usahawan bimbingan RISDA yang berjaya dalam pembuatan makanan, kraftangan, spa dan kecantikan.

Usahawan Karipap Jasmin Pannoot

Jasmin menunjukkan produk karipap atas jenama Abam Ale-ale.
Jasmin menunjukkan produk karipap atas jenama Abam Ale-ale.

Dulunya Jasmin Pannoot, 48 atau lebih dikenali sebagai "Abam Ale-Ale" menjual karipap atau epok-epok dengan menggunakan troli disekitar bandar Pontian.

Artikel Berkaitan:

Namun kini dengan usaha dan bantuan diberikan RISDA, Jasmin sudah menghasilkan sebanyak 1,000 biji karipap dengan dibantu 12 pekerja.

Generasi kedua pekebun kecil RISDA ini berkata melalui permohonan pelbagai bantuan kewangan dan kursus latihan diterima daripada RISDA sejak 2018.

"RISDA membimbing saya dari segi asas perniagaan, pemasaran dan kewangan. Kemudian RISDA turut memberi geran pengembangan perniagaan berjumlah RM35,000 dan aktiviti ekonomi tambahan sebanyak RM 30,000.

"Bantuan diberikan sejak 2018 ini membolehkan keluaran karipap ditingkatkan dengan pemberian mesin uli tepung, potong kentang, kuali memasak dan sebagainya.

"Selain itu saya juga dapat menghasilkan karipap sejuk beku. Tanpa bantuan RISDA, impian saya untuk menjadi pengeluar karipap di Johor mungkin tidak berjaya. Saya amat menghargai bantuan diberikan RISDA,” katanya.

Karipap sejuk beku keluaran Jasmin boleh dipesan dengan menghubungi talian 017-7526752.

Usahawan spa, salun dan penjagaan ibu berpantang, Fadzwani Norashikin

 Fadzwani mengusahakan spa, salun dan penjagaan selepas bersalin.
Fadzwani mengusahakan spa, salun dan penjagaan selepas bersalin.

Bermula pada tahun 2008, Fadzwani Norashikin Othman, 42, mengatur langkah menjalankan perniagaan spa secara 'mobile' di Pontian.

Memandangkan perniagaan spa secara 'mobile' semakin mendapat permintaan, Fadzwani mengambil keputusan untuk membuka sebuah spa dan salun kecantikan di Pekan Nanas.

Generasi kedua pekebun kecil RISDA ini berkata RISDA yang melihat potensi perniagaan yang diusahakannya itu kemudiannya menawarkan geran bantuan peralatan pada 2019.

"Saya turut mendapat bimbangan menerusi kursus dianjurkan RISDA. Kursus perniagaan banyak membantu saya menambah ilmu berkaitan pemasaran dan kewangan.

"Saya berterima kasih kepada RISDA kerana membantu golongan wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan," katanya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Fadzwani, boleh hubungi terus beliau di talian 018-6635856.

Kepada pekebun kecil RISDA yang berminat untuk menjadi usahawan bimbingan RISDA, mereka boleh melayari laman sesawang RISDA www.risda.gov.my untuk maklumat lanjut atau hadir ke pejabat RISDA berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.