MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan

Tan Sri Noh Omar
Tan Sri Noh Omar
A
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedang mengenal pasti usahawan di bawah kementerian itu yang terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pengumpulan maklumat usahawan terlibat sedang dijalankan dan proses pengumpulannya sama seperti mengenal pasti mangsa banjir akhir tahun lalu.

"Kita belum dapat lagi (jumlah usahawan terjejas) tetapi kita mempunyai saluran yang boleh mengenal pasti usahawan terkesan banjir.

"Antara saluran itu adalah menerusi Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, persatuan penjaja dan pihak berkuasa tempatan. Usahawan terjejas banjir terutama di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) boleh memaklumkan keadaan melalui pihak ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program ‘Back to School’ di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Noh berkata, usahawan terjejas banjir hanya perlu membuktikan mereka berniaga dan mengalami kerugian akibat bencana itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: