OKU korban banjir kelima di Kelantan

Korban banjir di Kelantan terus meningkat apabila seorang lelaki OKU yang mempunyai masalah pembelajaran ditemukan lemas sekaligus menjadi mangsa kelima di Kampung Tok Sangkut Pasir Mas pada Khamis.
Korban banjir di Kelantan terus meningkat apabila seorang lelaki OKU yang mempunyai masalah pembelajaran ditemukan lemas sekaligus menjadi mangsa kelima di Kampung Tok Sangkut Pasir Mas pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran ditemukan lemas di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Khamis, menjadikannya mangsa kelima korban banjir di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mayat Muhamad Faizal Abd Rahman, 20, ditemukan oleh anggota pasukan penyelamat pada jam 9 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 600 meter dari tempat dia dikhuatiri hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pasir Mas (HPM) di sini mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh lemas.

Beliau berkata, seramai 29 anggota Polis dan Bomba termasuk tiga pegawai telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sejak banjir melanda negeri ini pada 26 Febuari lalu empat lelaki telah menjadi mangsa korban iaitu seorang warga emas, dua remaja dan lelaki berusia antara 13 hingga 70 tahun.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang lelaki OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Selasa.

Kehilangan Muhamad Faizal disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.

Artikel Berkaitan: