'Hukuman mati masih perlu dikekalkan'

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA NERUS - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpendirian bahawa hukuman mati masih perlu dikekalkan di sesebuah negara.

Pendirian itu dinyatakan merujuk insiden kekejaman terhadap umat Islam susulan kes tembak berasingan ketika solat Jumaat di dua masjid, di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Menurutnya, hukuman mati dibatalkan di New Zealand sejak 30 tahun lalu, dan berharap kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah sama dengan mengulangi kesilapan negara tersebut.

“Islam menegaskan bahawa dalam kaedah melibatkan kematian manusia, jenayah kematian dibalas dengan kematian. Tapi di New Zealand, hukuman mati telah dibatalkan sejak 30 tahun lalu.

"Di Malaysia ada ura-ura ingin menghapuskan hukuman mati sedangkan hukuman ini perlu wujud bagi balasan orang yang membunuh, dan itulah cara Islam menangani jenayah keduniaan.

"Namun, pihak keluarga mangsa terbabit masih boleh memberikan pengampunan dan ditukarkan kepada bayaran pampasan. Itulah keadilan Islam.

"Maka saya harap jangan kita ulangi kesilapan New Zealand yang menghapuskan hukuman tersebut," katanya hari ini dan turut membahaskan usul sama dalam sidang Parlimen.

Mohd Khairuddin berkata, kewujudan kes-kes melampau zalim seperti di New Zealand menyebabkan hukuman mati ke atas beberapa jenis kesalahan yang sama masih perlu dikekalkan.

Artikel Berkaitan: