Sebar video pengganas: Ahli perniagaan NZ didakwa di mahkamah

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan akan dibawa semula ke mahkamah pada 15 April ini apabila kes disebut semula.
Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan akan dibawa semula ke mahkamah pada 15 April ini apabila kes disebut semula.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang ahli perniagaan di Christchurch hari ini didakwa di mahkamah kerana menyebarkan rakaman salah satu insiden serangan pengganas ke atas masjid di bandar itu Jumaat lalu.

Philip Neville Arps, 44, dihadapkan dengan dua pertuduhan menyebarkan rakaman langsung serangan di Masjid Al Noor, sehari selepas serangan ganas yang membunuh beberapa orang itu.

Serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch itu membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan menyebabkan 50 yang lain cedera.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan. - AFP

Artikel Berkaitan: