Murid SMK Sungai Petai lemas di sungai

No Image Caption
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang murid tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai yang dilaporkan hilang ketika mandi sungai di Kampung Tebing Tinggi pukul 7 petang semalam ditemui lemas malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, mayat Mohd Firdaus Ismail, 15, ditemui pasukan penyelamat dengan menggunakan peralatan khas bomba pukul 9.02 malam tadi.

“Gerakan menyelamat dilancarkan 30 anggota Bomba dan Penyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.20 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut penduduk kampung, mangsa bersama tiga lagi rakan berjoging dan mengambil keputusan berenang di sungai berkenaan bagi mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah, sebelum kejadian itu berlaku.

Azhar Elmi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan: