Dua maut, kereta langgar lori buat pusingan U

Keadaan kereta dinaiki dua mangsa selepas melanggar sebuah lori yang disyaki membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja di sini pada Rabu.
Keadaan kereta dinaiki dua mangsa selepas melanggar sebuah lori yang disyaki membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja di sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori yang disyaki membuat pusingan U di hadapan Balai Polis Bukit Raja, di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.29 pagi.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Norazam berkata, laporan awal kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dipercayai membuat pusingan U di hadapan balai polis berkenaan.

Anggota bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.
Anggota bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.

"Sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki dua lelaki dari arah Jalan Haji Sirat menghala ke Kapar telah melanggar lori berkenaan," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa itu tersepit di dalam kereta dan dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan dibantu oleh sebuah jengkaut.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 3.50 pagi itu disahkan telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Norazam memaklumkan pemandu lori berkenaan tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian.