KPM cari jalan galak murid sekolah suntik vaksin

Radzi memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM di SMKA Lati, Pasir Mas semasa mengadakan lawatan di sekolah tersebut pada Selasa.
Radzi memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM di SMKA Lati, Pasir Mas semasa mengadakan lawatan di sekolah tersebut pada Selasa.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mencari jalan terbaik untuk menarik lebih ramai murid-murid sekolah rendah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan itu.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan hasrat itu tercapai.

"Kadar vaksin (melibatkan murid sekolah rendah) masih rendah. Itu cabaran buat kami di KPM untuk mencari pendekatan terbaik.

“Semalam, saya ada berbincang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkara ini dalam usaha memastikan anak-anak menerima vaksin termasuk di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati di sini, pada Selasa.

Menurutnya, KPM kini dalam peringkat akhir perbincangan berkaitan pendekatan yang akan diambil sebaik sahaja bermulanya sesi persekolahan 2022 bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil kira semua faktor untuk diteliti bagi mencari keseimbangan demi masa depan anak-anak.

Radzi
Radzi

Radzi berkata, jika sebelum ini apabila KPM mengumumkan pembukaan sekolah untuk sekolah rendah, ramai ibu bapa tidak berpuas hati dan bimbang selain menggunakan alasan anak mereka belum divaksin dan kerajaan belum menyediakan vaksin.

Artikel Berkaitan:

“Namun kini, apabila vaksin sudah ada, ibu bapa bertindak sebaliknya dan tidak membawa anak-anak mereka untuk divaksin menyebabkan jumlah bilangan kanak-kanak yang menerima vaksin masih rendah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berterusan, agak sukar dalam konteks penggiliran sekolah di mana ibu bapa mahu anak mereka ke sekolah tanpa penggiliran supaya sentiasa dapat bersama dengan guru.