Leeds tunjuk Bielsa 'jalan keluar'

Bielsa
Bielsa
A
A
A

LEEDS United memecat Marcelo Bielsa selepas skuad kendaliannya mempamerkan prestasi hambar yang menyaksikan mereka hanya dipisahkan dua mata daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengerusi Leeds, Andrea Radrizzani berkata, pemecatan Bielsa merupakan satu keputusan sukar memandangkan jurulatih itu berjaya membawa beberapa kejayaan kepada pasukannya.

“Ini adalah keputusan paling sukar yang perlu saya lakukan sejak berada di Leeds United terutama selepas mengambil kira kejayaan yang dibawa Marcelo sebelum ini.

“Di bawah kendalian Marcelo, kami berjaya mengharungi tiga kempen yang cukup menakjubkan dan Elland Rand kembali seperti dahulu dengan kehadiran penonton.

“Dia mengubah budaya pasukan dan membawa mentaliti kemenangan kepada kami semua. Saya harap dia akan terus maju jaya pada masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Bielsa yang mula mengendalikan Leeds pada Jun 2018 berjaya menamatkan penantian 16 tahun kelab itu untuk kembali ke EPL pada musim keduanya.

Malah, pada musim pertamanya di pentas EPL, pengendali kelahiran Argentina itu berjaya menerajui Leeds di kedudukan kesembilan sebelum anak-anak buahnya agak bergelut musim ini.

Artikel Berkaitan: