SOP lengkap dos penggalak solat Jumaat hanya di Selangor: Jakim

SOP yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor. - Gambar hiasan
SOP yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, SOP tersebut ditetapkan berdasarkan surat pekeliling JAIS bertarikh 21 Februari lalu.

“Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat hanya jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak boleh hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat.

“Syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut Hakimah berkata, Jakim menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama Selangor dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Justeru katanya, umat Islam perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahat dalam mengawal penularan wabak itu tercapai.

Artikel Berkaitan: