Balingan Jackie Wong gegar Stadium Perak

Jakie Wong
Jakie Wong
A
A
A

ATLET baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer melaungkan amaran telah bersedia untuk menggegarkan kembali Sukan Sea Hanoi, Mei depan apabila mencipta rekod baharu dalam Kejuaraan Perak All-Comers di Ipoh, pada Sabtu.

Dalam kejohanan berlangsung di Stadium Perak itu, Jackie Wong yang gagal mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2019 Filipina, tampil cemerlang dengan balingan sejauh 65.37 meter (m) untuk emas.

Kejayaan meraih itu sekali gus menyaksikan atlet dari Bumi Kenyalang yang merangkul emas pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur memadamkan rekod sebelum ini milik Sadat Marzuqi Ajisan (56.21m) meraih perak dengan catatan 58.98m diikuti gangsa milik, Rizad Azri Che Radzi (47.83m).

Sementara acara lompat tinggi pula, atlet negara Lee Hup Wei terpaksa berpuas hati apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan ketinggian 1.90m dalam acara yang menyaksikan emas menjadi milik Mohamad Farhan Azman (1.95m) diikuti Tan Zhi Hang (1.95m) dan Muhammad Aiman Amsyar Artino (1.95m).

Dalam acara 100 meter (m) pula, Muhammad Arsyad Md Saat muncul juara dengan catatan masa 10.59 saat (s) untuk meraih emas manakala Jonathan Nyepa (10.64s) meraih perak diikuti Muhammad Haiqal Hanafi (10.73s) gangsa.

Artikel Berkaitan: