Perancis umum bantuan €300 juta untuk Ukraine

Emmanuel Macron - Foto AFP
Emmanuel Macron - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Perancis akan menghantar €300 juta (AS$337.56 juta) bantuan kepada Ukraine, umum Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Kami juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyediakan peralatan pertahanan yang mereka perlukan," kata Macron.

"EU (Kesatuan Eropah) mesti menjadi kuasa yang lebih berdaulat dalam hal tenaga, teknologi dan ketenteraan dan langkah-langkah akan diambil untuk melindungi negara dan syarikat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sepucuk surat yang dibacakan oleh Presiden Dewan Negara, Richard Ferrand dalam satu sidang parlimen.

Pada hari yang sama, Menteri Ekonomi Perancis, Bruno Le Maire mengumumkan bahawa di bawah sekatan EU, personaliti politik dan ekonomi Rusia yang memiliki harta di wilayah Perancis akan dikenal pasti dan dikenakan sekatan.

"Perancis akan menyekat akses personaliti itu kepada semua harta mereka.

"Sekatan itu akan membolehkan kami memotong akses untuk Rusia kepada pembiayaan antarabangsa," kata Le Maire.

Presiden Vladimir Putin pada Isnin berkata, beliau sedar bahawa Barat cuba 'mengugut' Rusia sekali lagi dengan sekatan, tetapi berkata beliau percaya sekatan tetap diteruskan hanya disebabkan kewujudan Rusia, bukannya disebabkan keadaan di Ukraine. - Bernama

Artikel Berkaitan: