Pan Gon pengurus baharu Harimau Malaya

 Ketua Jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon selepas sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Bernama
Ketua Jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon selepas sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya. - Foto Bernama
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon dilantik sebagai pengurus baharu Harimau Malaya.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pelantikan itu selaras dengan saranan dicadangkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya sebelum ini.

“Kita sudah menetapkan bahawa sebaik sahaja coach Kim dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan, dia juga akan pegang jawatan sebagai pengurus pasukan.

“Jadi tidak ada timbul isu yang kata saya akan kembali buat pusingan U untuk menjawat semula jawatan sebagai pengurus pasukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku Datuk Shukor Salleh - Jeneral Padang di Wisma FAM pada Jumaat.

Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan sebelum ini dalam beberapa cadangan penambahbaikan skuad kebangsaan turut mencadangkan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya turut diberikan peranan sebagai pengurus pasukan.

Dalam perkembangan lain, Yusoff yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan mengakui kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan mengurangkan beban pengurusan badan induk itu.

“Dengan kelebihan bermain di sini, banyak benda yang boleh kita tinggalkan berbanding banyak persiapan yang perlu kita buat kalau pergi keluar negara.

“Cuma kita kena gunakan kelebihan kita daripada segi latihan dan persiapan yang tidak serumit seperti sebelum ini. Jadi kita perlu pastikan pasukan benar benar bersedia untuk menempuh kelayakan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: