Kepakaran SELGEM bantu kawasan bencana

Kerja-kerja pemetaan udara dijalankan di kawasan bencana.
Kerja-kerja pemetaan udara dijalankan di kawasan bencana.
A
A
A

Selangor di antara negeri yang terjejas dengan bencana banjir pada hujung Disember 2021 yang lalu. Terdapat lebih 50 lokasi terjejas di Daerah Hulu Langat dengan kejadian cerun runtuh, jambatan rosak dan mendap menyebabkan laluan yang terjejas terpaksa ditutup.

Melalui anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), SELGEM Sdn. Bhd. (SELGEM) telah menggerakkan semua aset dan kepakaran bagi membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan penawanan Data Light Detection and Ranging (LiDAR) dan Pemetaan Udara untuk kerja-kerja pembersihan serta pembaikan jalan di kawasan yang terjejas dengan bencana gelongsoran tanah di jalan Bukit Peras, Daerah Hulu Langat.

Kawasan runtuhan di Bukit Peras, Hulu Langat.
Kawasan runtuhan di Bukit Peras, Hulu Langat.

Menurut Pengarah Eksekutif Inovasi Digital SELGEM, Mohammad Hafizuddin Zakaraya, pihaknya turut membantu melaksanakan penawanan data bagi skop kerja Pemetaan Utiliti bawah tanah untuk mengesan laluan penanaman kabel di Jalan Haji Abdul Latiff, Daerah Klang dan Jalan Karso, Daerah Kuala Langat yang mengalami kerosakan ekoran kejadian banjir.

Kerja-kerja mengalihkan runtuhan di jalan Bukit Peras, Daerah Hulu Langat.
Kerja-kerja mengalihkan runtuhan di jalan Bukit Peras, Daerah Hulu Langat.

Dengan teknologi, aset dan kepakaran yang ada, kami dapat menghulurkan bantuan bagi memudahkan perlaksanaan kerja-kerja awalan di kawasan bencana

Artikel Berkaitan:

MOHAMMAD HAFIZUDDIN
MOHAMMAD HAFIZUDDIN

Data Pemetaan Utiliti bawah tanah ini bertujuan untuk digunakan sebagai panduan bagi kerja-kerja pembaikan semula jalan berkenaan.

“Dengan teknologi, aset dan kepakaran yang ada, kami dapat menghulurkan bantuan bagi memudahkan perlaksanaan kerja-kerja awalan di kawasan bencana,” ujarnya lagi.

Kerja-kerja pemetaan utiliti bawah tanah.
Kerja-kerja pemetaan utiliti bawah tanah.

SELGEM Sdn. Bhd. merupakan “Penyedia Penyelesaian Teknologi Digital” utama di Selangor merangkumi penyediaan sistem, perkhidmatan infrastruktur yang holistik, integrasi pengurusan teknologi maklumat dan infrastruktur rangkaian, ketepatan dalam analisis, reka bentuk dan pelaksanaan berkesan untuk menyokong pembangunan dan perancangan sosio-ekonomi negeri Selangor selaras dengan visi Selangor sebagai Smart State menjelang tahun 2025.