MLBB: Todak raih tiket ke Sukan SEA Hanoi

Todak berjaya meraih tiket kelayakan tunggal acara berkenaan ke Sukan SEA Hanoi, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, malam Rabu.
Todak berjaya meraih tiket kelayakan tunggal acara berkenaan ke Sukan SEA Hanoi, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, malam Rabu.
A
A
A

PASUKAN Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak berjaya meraih tiket kelayakan tunggal acara berkenaan ke Sukan SEA Hanoi, selepas muncul juara pada kejohanan Pemilihan Esukan Malaysia 2022, malam Rabu.

Pada aksi final yang berlangsung sengit hingga jam 10 malam itu, Todak menewaskan RSG 3-1 untuk mengesahkan kejuaraan dan tiket ke Sukan SEA 2022 yang dijadual dari 12 hingga 23 Mei.

Pada perlawanan disiarkan secara siaran langsung di Facebook Persatuan E-Sukan Malaysia (MESF) itu, Todak yang turun selaku pasukan pilihan mencatat kemenangan dalam dua pusingan pertama untuk mendahului 2-0.

Tidak mahu mengalah, RSG bangkit merapatkan jurang 1-2 apabila menang pusingan ketiga dalam masa kurang daripada 12 minit, namun, terpaksa akur apabila Todak berjaya menyapu bersih di permainan terakhir dalam tempoh kurang dari 11 minit.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata, beliau sangat gembira melihat kerja keras anak buahnya selama ini memberikan kejayaan.

"Saya sangat gembira, sebab cita-cita mereka untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA akhirnya tercapai dan kerja keras mereka akhirnya membuahkan hasil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ditanya mengenai persiapan ke temasya berkenaan, beliau berkata, pasukannya akan berusaha menggandakan latihan dan berazam untuk mengharumkan nama Malaysia sekali gus dapat memajukan eSukan negara di pentas antarabangsa.

Barisan pemain pasukan Todak dalam aksi final pada Rabu adalah Zikry Shamsuddin (Moonji), Wan Usman Wan Imran (4Meyz), Idreen Abdul Jamal (Momo), Mohamad Farhan Wakiman (Moyy) dan Muhammad Danial Mohd Fuad (CikuGais) yang dinobatkan ‘Most Valuable Player (MVP)’ di permainan kedua dan keempat. - Bernama

Artikel Berkaitan: