KPDNHEP tak terima aduan kekurangan paracetamol

Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan paracetamol di ruang pameran di sebuah premis
Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan paracetamol di ruang pameran di sebuah premis
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan tidak menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan paracetamol di negeri ini.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pemeriksaan ke atas 213 premis mendapati bekalan paracetamol mencukupi dan mudah diperoleh.

"Pemantauan dilakukan di farmasi, kedai ubat-ubatan dan kedai serbaneka membabitkan bekalan Self Test Kit Covid-19, topeng muka, cecair pembasmi kuman dan ubat-ubatan seperti paracetamol

"Kita tidak menolak kemungkinan ubat-ubatan asas seperti paracetamol juga mendapat permintaan tinggi di pasaran ketika ini berikutan penularan jangkitan Covid-19 menerusi varian Omicron," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik dan membeli dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

Beliau berkata, terdapat pelbagai jenama bagi paracetamol di pasaran untuk kegunaan pengguna dan tidak seharusnya tertumpu kepada satu jenis sahaja.

"KPDNHEP Negeri Sembilan akan memantau perkara ini secara berterusan untuk memastikan tiada masalah terputus bekalan bagi ubatan ini di pasaran," katanya.

Artikel Berkaitan: