Penyeludup lari tinggalkan barang subsidi

Anggota penguat kuasa memeriksa kereta Proton Saga Iswara yang sarat mengandungi barang subsidi selepas diserbu anggota penguat kuasa di jalan Kampung Bendang Pak Yong, pada Isnin.
Anggota penguat kuasa memeriksa kereta Proton Saga Iswara yang sarat mengandungi barang subsidi selepas diserbu anggota penguat kuasa di jalan Kampung Bendang Pak Yong, pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Seorang penyeludup sanggup meninggalkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang sarat mengandungi barang subsidi seberat 542 kilogram (kg) selepas diserbu anggota penguat kuasa di jalan Kampung Bendang Pak Yong, pada Isnin.

Kereta tersebut ditahan pada jam 3 petang hasil Operasi Bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, bertindak atas maklumat, anggota bertugas telah mengesan pergerakan sebuah kereta dari arah Pengkalan Kubor menuju ke Kampung Bendang Pak Yong.

"Menyedari kehadiran anggota KPDNHEP Kelantan dan PPM, pemandu kereta itu bertindak melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menjumpai 70 kg tepung gandum; minyak masak (136 kg) dan gula (336 kg).

"Nilai rampasan barangan kawalan yang disita termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM4,932," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.Menurutnya,

Katanya, kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan," katanya.

Artikel Berkaitan: