Keletihan faktor Lukaku tidak beraksi

Pulisic merembat gol kedua Chelsea pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
Pulisic merembat gol kedua Chelsea pada perlawanan berkenaan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuhcel menjelaskan faktor keletihan pemain menjadi faktor utama tonggak serangan The Blues, Romelu Lukaku tidak diturunkan pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara berdepan Lille, pada Rabu.

Menurut Tuchel, Lukaku telah memberikan isyarat ‘keletihan’ apabila menyentuh bola hanya sebanyak tujuh kali ketika menewaskan Crystal Palace 1-0, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 19 Februari lalu.

Katanya, Lukaku turut mempamerkan keletihannya apabila dilihat beraksi di bawah tahap sebenar selain gagal menyempurnakan beberapa peluang yang diperoleh di depan pintu gol lawan.

“Saya merasakan dia (Lukaku) dalam kepenatan setelah diturunkan beraksi selama 90 minit pada semua perlawanan selain melibatkan banyak tempoh perjalanan bersama pasukan sejak kebelakangan ini.

“Justeru, jelas dia kelihatan penat dan saya mengambil keputusan untuk merehatkannya kali ini dan ia tindakan yang wajar.

“Malah pada aksi final Piala Kelab Dunia berdepan Palmeiras 13 Februari lalu, kami telah beraksi hingga masa tambahan dan ia dipercayai menjadi punca Lukaku beraksi hambar berdepan Palace,” katanya.

Pada aksi berdepan Lille itu, gol Chelsea dijaringkan Kai Havertz yang menanduk masuk sepakan penjuru pada minit kelapan sebelum Christian Pulisic menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Mengulas lanjut Tuchel berkata, kemenangan pada aksi pertama kalah mati itu sekali gus menyaksikan The Blues hampir mengesahkan slot ke suku akhir Liga Juara-Juara kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Chelsea sudah sebelah kaki mara ke suku akhir dan semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan; oleh itu, semua pemain perlu kekal fokus bagi menjadikannya satu realiti,” katanya.