Lelaki maut motosikal bertembung

Keadaan dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai-Seremban di hadapan Giatmara pada Rabu. - Foto PDRM
Keadaan dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai-Seremban di hadapan Giatmara pada Rabu. - Foto PDRM
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kejadian di Jalan Pantai-Seremban di hadapan Giatmara pada Rabu.

Ketua Polis daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian jam 8.20 pagi itu membabitkan dua buah motosikal iaitu Yamaha 15ZR yang ditunggang mangsa berusia 36 tahun dan jenis Demak ditunggang lelaki berusia 19 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Pantai menghala ke Seremban dan apabila sampai di tempat kejadian, motosikal jenis Demak dipercayai telah membelok ke kanan untuk masuk simpang lalu melanggar mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tunku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

"Seorang lagi mangsa yang cedera di bahagian kepala dan leher dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Artikel Berkaitan: