Jangan salahkan pemain Harimau Muda

Pemain Harimau Muda yang menggalas cabaran Malaysia di Kejuaraan B-23 AFF 2022. FOTO: Football Association of Malaysia
Pemain Harimau Muda yang menggalas cabaran Malaysia di Kejuaraan B-23 AFF 2022. FOTO: Football Association of Malaysia
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) didakwa yang tidak menyediakan landasan untuk pembangunan bola sepak negara sehingga menyebabkan skuad Harimau Muda diaibkan Laos pada saingan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFF 2022 dalam perlawanan terakhir akhir Kumpulan B di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja pada Isnin.

Malah menurut bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim, para pemain Harimau Muda tidak boleh dipersalahkan berikutan prestasi longlai pasukan pelapis negara sepanjang kejuaraan tersebut.

"Saya sudah banyak kali kata bahawa kalau FAM atau MFL tidak membuat tanggungjawab untuk mengadakan liga remaja bagi pemain remaja Malaysia, jangan harap bola sepak Malaysia akan maju. Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pemain muda yang sistematik dan ini tidak ada di Malaysia.

"Tetapi, situasi bola sepak kita tidak memberi pemain remaja untuk maju. Kita tidak boleh menyalahkan mereka (sebaliknya) yang salah adalah FAM dan MFL. Mereka yang seharusnya menyedia dan melengkapkan landasan untuk pembangunan bola sepak Malaysia.

"Perubahan itu adalah seperti liga-liga remaja, tiga pemain import sahaja untuk Liga Super dan Perdana, manakala pasukan kedua Liga Super tidak boleh ada pemain import yang bermain dalam Liga Perdana," tulis Teong Kim pada akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod skuad kendalian Brad Maloney terpaksa pulang awal selepas kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 berakhir di peringkat kumpulan selepas tewas kepada Laos 2-0 pada perlawanan kedua selepas tewas 2-1 dalam aksi pertama sebelum itu.

Kekalahan kedua itu menyaksikan skuad negara menghuni tangga terakhir kumpulan di bawah Laos tanpa sebarang kemenangan setelah penarikan diri Myanmar berikutan pandemik Covid-19 selepas juara bertahan Indonesia mengambil tindakan sama sebelum kejuaraan menyingkap tirai.

FAM sebagai rekod mempunyai struktur liga untuk pemain remaja seperti saingan Piala Presiden dan Piala Belia.

Artikel Berkaitan: