Zuraidin dilantik Naib Presiden PSM

Zuraidin
Zuraidin
A
A
A

PRESIDEN Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Zuraidin Abdullah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi memantapkan barisan kepimpinan jawatankuasa tertinggi badan induk bagi sesi 2022/2025.

Perkara itu diumumkan Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM secara dalam talian pada Selasa yang turut menyaksikan Datuk Abidullah Salleh, Setiausaha Agung sebelum ini terus diberikan kepercayaan menggalas nadi penting sesebuah badan induk pentadbir.

Abidullah tidak keseorangan dalam melaksana tanggungjawabnya apabila akan turut dibantu dua penolong iaitu Penolong Setiausaha Satu, Yusoff Ali dan Penolong Setiausaha Dua, Mohd Jaffrey Mohd Zainol, manakala bagi jawatan bendahari masih lagi belum diisi.

Pada mesyuarat itu, Sumali dengan persetujuan Jawatankuasa Tertinggi PSM selaras Perlembagaan PSM Fasal 15 Jawatankuasa Tertinggi dan Fasal 20 Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil, melantik beberapa pengerusi bagi jawatankuasa kecil.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus PSM, Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (ASTAKA), Datuk Awang Sham Amit pula mengetuai Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Korporat pula dikendalikan Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNP), Datuk Abu Jimi Samat manakala Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pula digalas oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw negeri Johor (PSNJ), Datuk Abdul Halim Suleiman manakala Zuraidin dipertanggungjawabkan mengetuai Jawatankuasa Pembangunan dan Kejurulatihan.

PSM juga turut melantik bekas pemain kebangsaan, Mohd Azlan Abdul Mubin bagi mengetuai Jawatankuasa Pertandingan PSM.

Artikel Berkaitan:

INFO

JAWATANKUASA TERTINGGI PSM 2022/2025

PRESIDEN:

Datuk Mohd Sumali Reduan

TIMBALAN PRESIDEN

Datuk Abdul Halim Suleiman

Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan

NAIB PRESIDEN

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

Datuk Awang Sham Amit

Datuk Abu Jimi Samat

Zuraidin Abdullah

SETIAUSAHA AGUNG

Datuk Abidullah Salleh

PENOLONG SETIAUSAHA SATU

Yusoff Ali

PENOLONG SETIAUSAHA DUA

Mohd Jaffrey Mohd Zainol

BENDAHARI

(Belum diisi)

JAWATANKUASA KECIL PSM 2022/2025

PENGERUSI INTEGRITI & TADBIR URUS

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

PENGERUSI TATATERTIB & DISIPLIN

Datuk Awang Sham Amit

PENGERUSI HAL EHWAL KORPORAT

Datuk Abu Jimi Samat

PENGERUSI PEMBANGUNAN ATLET

Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan

PENGERUSI PEMILIHAN

Datuk Abdul Halim Suleiman

PENGERUSI PEMBANGUNAN & KEJURULATIHAN

Zuraidin Abdullah

PENGERUSI PERTANDINGAN

Azlan Mubin