Chelsea tak pandang enteng Lille

Tuchel (kanan) kurang gembira dengan rentak permainan penyerang, Romelu Lukaku yang beraksi longlai ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Sabtu lalu.
Tuchel (kanan) kurang gembira dengan rentak permainan penyerang, Romelu Lukaku yang beraksi longlai ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Sabtu lalu.
A
A
A

CHELSEA tidak mahu mengambil mudah pertemuan menentang kelab Ligue1, Lille dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stamford Bridge pada awal pagi Rabu ini.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata, kelab London itu harus berwaspada ketika menanti kunjungan jagoan Perancis berkenaan bagi mengelak mereka tumbang di laman sendiri.

“Kami tidak boleh tertipu dengan pandangan orang lain terhadap kami. Jika kami dianggap pasukan pilihan menentang Lille, kami tidak boleh leka kerana ia boleh menyukarkan kami.

“Namun, kami yakin dapat beraksi dengan baik di Stamford Bridge kerana kami pada kebiasaannya cemerlang dalam kejohanan kalah mati, aksi piala dan Liga Juara-Juara,” katanya.

Untuk rekod, The Blues menang lima perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, namun pengendali dari Jerman itu masih belum gembira prestasi skuad kendaliannya.

Malah, Tuchel juga nyata kurang gembira dengan rentak permainan penyerang, Romelu Lukaku yang beraksi longlai ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: