Perpaduan pacu kemenangan Manchester United

Maguire pencetak gol pertama Manchester United.
Maguire pencetak gol pertama Manchester United.
A
A
A

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick menegaskan kemenangan bergaya 4-2 The Red Devils ke atas Leeds United di Elland Road pada Ahad membuktikan perpaduan dalam kalangan para pemain kelab tersebut masih kukuh.

“Persembahan Manchester United di Elland Road ini adalah jawapan terbaik yang kami boleh berikan kepada beberapa laporan minggu lalu yang menyatakan terdapat sedikit ketidakharmonian di bilik persalinan.

“Sejujurnya, perlawanan ini adalah permainan yang anda hanya boleh menang dengan mentaliti kuat dalam pasukan.

"Malah ini adalah kemenangan paling penting selepas keputusan perlawanan sebelum ini. Kami terpaksa menang dan saya harap cara kami menang memberi kelab ini tenaga baharu tambahan untuk perlawanan menentang Atletico Madrid minggu ini diikuti aksi liga menentang Watford selepas itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat perbalahan dalam kalangan pemain, termasuk perebutan kuasa untuk menjadi kapten antara Maguire dan Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, kemenangan tersebut menyaksikan The Red Devils mengumpul 46 mata - empat mata mengatasi pesaing terdekat West Ham United di tangga kelima selepas kedua-dua mengharungi 26 perlawanan.

Keputusan itu juga membolehkan skuad Rangnick mengekori rapat kelab tangga ketiga, Chelsea yang mengumpul 50 mata selepas mengharungi 25 perlawanan.

Tampil dengan misi meneruskan rentak kemenangan ke atas Brighton sebelum ini, pelawat terlebih dulu mendahului babak pertama 2-0 hasil jaringan kapten pasukan Harry Maguire (34') dan Bruno Fernandes (50').

Artikel Berkaitan:

Babak kedua Marcelo Bielsa memperkemaskan corak permainan tuan rumah kembali mengejutkan pelawat menerusi gol jaringan Rodrigo Moreno (53') dan Raphinha (54') untuk kedudukan 2-2.

Kebangkitan mendadak tuan rumah menyebabkan Rangnick melakukan peraturan taktikal apabila memasukkan Fred dan Anthony Elanga untuk menambah sengat bahagian depan Manchester United.

Perubahan taktikal Rangnick ternyata membuahkan hasil apabila Fred dan Elanga masing-masing meledak satu gol di 70' dan 88' untuk tiga mata dibawa pulang The Red Devils.

Mengulas mengenai gol Leeds United, Rangnick berkata, "Dua gol pasukan lawan ternyata hadir secara mengejut dalam tempoh masa singkat.

"Tidak sampai beberapa minit kedudukan menjadi 2-2 menyebabkan kami mengambil masa lima minit untuk tindak balas.

"Tindak balas dipamerkan para pemain Manchester United selepas itu sungguh

hebat, serta kematangan dan akhirnya kami benar-benar layak untuk menang."