15 individu dikompaun merokok di kedai makan

Anggota penguat kuasa mengeluarkan kompaun kepada individu terbabit dalam operasi penguatkuasaan tersebut.
Anggota penguat kuasa mengeluarkan kompaun kepada individu terbabit dalam operasi penguatkuasaan tersebut.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 15 individu dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati menghisap rokok tembakau dan elektronik di premis makanan dalam operasi penguatkuasaan di sini, pada Sabtu.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sebanyak 25 premis diperiksa dalam operasi jam 8 malam di sekitar Bazaar 8, Ayer@8, Presint 9 dan Presint Diplomatik.

"Nilai kompaun individu sebanyak RM3,750 tetapi tiada kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis mengikut Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

"Kita lihat semua premis dilawati ada mempamerkan tanda larangan merokok," katanya dalam sidang media selepas operasi di Ayer@8 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak KKM turut memberikan advokasi dan mengedarkan risalah berkaitan kesalahan merokok di kepada 205 orang awam.

Selain itu, Dr Norhayati berkata, pihaknya turut memberikan nasihat dan mengedarkan risalah berkaitan kesalahan merokok di tempat awam kepada 205 orang awam.

"KKM serius menangani masalah merokok dan akta baharu yang sedang digubal akan dibentangkan tidak lama lagi.

"Akta baharu itu turut melarang generasi lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya, memiliki serta membeli sebarang produk merokok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi penguatkuasaan berkenaan akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan larangan merokok di tempat awam dipatuhi.

Sebarang aduan berkaitan merokok di tempat awam boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 010-8608949.