KESEDAR sedia tiga bas untuk kemudahan pelajar

Pelajar di Taman Agropolitan Rantau Manis akan mendapat perkhidmatan bas berkenaan menjelang pembukaan semula sekolah tahun ini.
Pelajar di Taman Agropolitan Rantau Manis akan mendapat perkhidmatan bas berkenaan menjelang pembukaan semula sekolah tahun ini.
A
A
A

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan menyediakan perkhidmatan bas bagi mengambil dan menghantar pelajar sekolah di kawasan Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini.

Pengurus Besar KESEDAR, Dr Shahrir Mohammad Zakey dalam satu kenyataan berkata, tiga buah bas disediakan bagi memberi manafaat kepada 448 pelajar di tiga buah sekolah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, KESEDAR juga akan menanggung subsidi 77 peratus daripada kos sebenar perkhidmatan berkenaan melibatkan subsidi sebanyak RM11,000 sebulan.

"Kos sebenar perkhidmatan ini adalah RM88 sebulan bagi setiap pelajar, namun KESEDAR akan menanggung subsidi 77 peratus iaitu RM68 manakala ibu bapa hanya perlu membayar RM20 sahaja untuk sebulan," katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, ia adalah salah satu usaha KESEDAR dalam memastikan anak-anak bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan (PAKS), Rantau Manis dapat mengikuti sesi persekolahan seperti biasa.

Beliau berkata, perkhidmatan bas ini akan bermula pada 20 Mac depan selari dengan pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2022.

"Antara pelajar yang terlibat ialah 100 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Renok Baru, 225 pelajar SK Jeram Tekoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap pula 123 pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan: