Lelaki warga Myanmar ditahan pukul pemilik bengkel

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar kerana dipercayai memukul seorang pemilik bengkel kereta di Taman Perindustrian Hata, Pandan Mewah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang ketika mangsa berada di bengkel kereta miliknya.

Menurutnya, suspek berusia 31 tahun itu bertindak memukul mangsa dengan menggunakan besi di bahagian kepala dan tangan.

"Suspek dipercayai pemegang kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) turut memecahkan tiga cermin kereta milik pelanggan yang berada di bengkel tersebut.

"Siasatan juga mendapati suspek telah beberapa kali datang ke bengkel untuk bekerja tetapi mangsa tidak mengambilnya bekerja," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Farouk berkata, selepas menerima maklumat polis menahan suspek di bengkel tersebut dan merampas besi yang digunakan dalam kejadian itu.

"Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: