PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan

Prayuth Chan o-cha
Prayuth Chan o-cha
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berkata, beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.

Pada Khamis, seorang ahli Parlimen pembangkang dari Chiang Mai, Tassanee Buranupakorn merangka surat peletakan jawatan bagi pihak Prayuth yang menyatakan bahawa perdana menteri akan meletak jawatan kerana "beliau gagal mentadbir negara dalam semua aspek".

Surat peletakan jawatan yang dirangka itu dimuatnaik di Twitter pada Khamis malam.

Semasa perbahasan Parlimen pada Jumaat, Prayuth mengulangi bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

"Semalam, ada usaha untuk meminta saya meletak jawatan, dengan menyerahkan surat perletakan jawatan. Anda boleh menyimpannya untuk diri sendiri. Saya tidak akan berundur,” Thai PBS memetik Prayuth sebagai berkata.

Tahun lalu, Prayuth, bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014, menghadapi tekanan yang semakin meningkat apabila penunjuk perasaan anti-kerajaan kembali ke jalanan menuntut beliau meletak jawatan kerana cara beliau mengendalikan krisis Covid-19 dan pelancaran vaksinasi.

Sejak kembali sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum pada 2019, Prayuth terselamat daripada sekurang-kurangnya tiga undi tidak percaya di parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan: