[VIDEO] Bayi hidap penyakit hati perlu bantuan

JASIN - Bayi comel yang diberi nama Muhammad Aus Daniel Muhammad Ikqram, 11 bulan, dilahirkan dalam keadaan sihat dan normal seperti bayi lain.
Namun ketika usianya menjangkau tujuh minggu, dia disahkan menghidap biliary atresia atau hati kronik dan perlu menjalani pembedahan dengan segera ketika itu.
Kasih ibunya, Nuraini Maszalan, 37, dan bapa, Muhammad Ikqram, 31, bagaimanapun tidak sedikitpun berkurangan dan reda diuji dengan dugaan itu walaupun kini terpaksa berulang-alik dari kediaman di Jasin Bestari di sini ke Hospital Sultanah Aminah, Johor setiap tiga bulan untuk mendapatkan rawatan susulan.

Menurut Nuraini, disebabkan keadaan dialami Muhammad Aus Daniel yang memerlukan jagaan rapi, dia sukar untuk bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami sebanyak RM2,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk keperluan anak keduanya itu.
"Setiap bulan kami memerlukan RM500 perbelanjaan untuk membeli susu dan lampin selain kos ke hospital untuk bertemu doktor pakar di Johor.
"Disebabkan kekangan kewangan, ada kalanya kami terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga bagi menanggung kos tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambah Nuraini, dia berharap anaknya yang bakal melangkah usia setahun pada bulan depan itu dapat sembuh sepenuhnya dan ceria seperti kanak-kanak lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Sekolah di Sabah ditutup jika IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut
13 Oktober 2026 07:55pmImigresen gempur kilang di Tebrau, 492 warga asing ditahan
13 Oktober 2026 06:40pmS.O.R.T bantu asing sisa, SMK Long Bedian juara Petrosains Tech4All
13 Oktober 2026 06:39pmIstiadat Penzahiran Undang Luak Jelebu ke-17 esok
13 Oktober 2026 06:09pm[VIDEO] Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
13 Oktober 2026 02:41pmIsteri orang ditangkap khalwat bersama duda dalam bilik sewa
13 Oktober 2026 10:53amKerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
13 Oktober 2026 02:42pmPelajar Tingkatan Dua maut disambar petir
13 Oktober 2026 08:17am- Iklan -- Iklan -

