Seorang dikhuatiri maut insiden tembakan dalam tram di Belanda

Polis antipengganas tiba berhampiran kawasan landasan tram di bandar Utrecht.
Polis antipengganas tiba berhampiran kawasan landasan tram di bandar Utrecht.
A
A
A

AMSTERDAM - BELANDA. Seorang mangsa serangan tembakan rambang dalam sebuah tram di bandar Utrecht hari ini dikhuatiri maut.

Dalam kejadian pagi tadi, beberapa mangsa turut dilaporkan cedera.

Penyiar tempatan, RTV memetik saksi di tempat kejadian berkata, seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri dalam serangan itu, manakala penumpang lelaki lari bertempiaran meninggalkan lokasi kejadian.

Difahamkan, lelaki bersenjata terbabit melarikan diri sejurus serangan dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.

Susulan itu, pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi di seluruh Utrecht.

Sekolah diarah ditutup dan polis separa tentera dikerah mengawasi lapangan terbang.

Kawalan keselamatan di beberapa buah masjid di bandar itu turut dipertingkatkan.

Perdana Menteri Mark Rutte berkata, beliau menyatakan simpati kepada mangsa terlibat dan bakal mengadakan perbincangan krisis. - Agensi

Artikel Berkaitan: