Lelaki OKU rentung bilik terbakar

Seorang lelaki OKU maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai, Gombak.
Seorang lelaki OKU maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai, Gombak.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut akibat terperangkap dalam kebakaran sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Changkat Damai di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Mohammad Fairus Mohd Ambol, 44, merupakan pemegang kad OKU kategori mental.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10 pagi dan sebanyak dua buah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 10.13 pagi.

"Setiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah terbakar di bahagian bilik keluasan 12x15 kaki persegi dan menemui seorang mangsa lelaki tempatan rentung dalam bilik tidur tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, jenazah telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: