Dua maut kereta terperosok bawah treler

Keadaan kereta yang terperosok di bawah treler hingga mengakibatkan dua mangsa maut dalam kejadian di KM362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River pada Selasa.
Keadaan kereta yang terperosok di bawah treler hingga mengakibatkan dua mangsa maut dalam kejadian di KM362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River pada Selasa.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki terperosok di bawah sebuah treler di Kilometer 362.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 5.40 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 33 dan 27 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki mangsa telah melanggar bahagian belakang treler.

"Perlanggaran itu mengakibatkan kenderaan yang dipandu terperosok masuk dan melekat di treler.

"Pemandu serta penumpang hadapan kereta tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River bagi bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam pada itu, mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan Balai Bomba dan Penyelamat Slim River yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 pagi.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan keselamatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.