Alamanda rai kanak-kanak kurang bernasib baik

Sook Fong (berdiri, dua dari kiri) dan rakan niaga Alamanda bersama kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor yang diraikan.
Sook Fong (berdiri, dua dari kiri) dan rakan niaga Alamanda bersama kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor yang diraikan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor.

Seramai 15 kanak-kanak berusia di antara dua hingga 12 tahun disantuni pihak pengurusan dan disajikan dengan makan tengah hari yang istimewa selain diberikan angpow oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu di saat fasa pemulihan dari pandemik Covid-19."Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan mereka,” katanya pada Isnin.

Sementara itu, Penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor, Foo Jong Hong berkata, layanan istimewa CNY daripada Alamanda begitu bermakna kepada kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak kurang bernasib baik disajikan dengan makan tengahari yang istimewa.
Kanak-kanak kurang bernasib baik disajikan dengan makan tengahari yang istimewa.

"Ketika orang lain berpeluang meraikan Tahun Baharu Cina bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini dengan bukan sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dan perhatian yang istimewa,” katanya.

Artikel Berkaitan: